Parti apakah yang bakal mentadbir Malaysia kelak?

Selamat Datang Beta Ucapkan

Selamat Datang Beta Ucapkan Kepada Pedagang Sekalian.Adapun kalian semua berada di wilayah takluk jajahan ISTANA SI FARID.Oleh itu kalian haruslah membayar ufti berbentuk tulisan atau warkah (post) ke dalam halaman ISTANA SI FARID.Jika tidak,maka menurut hukum kanun Undang-Undang Si Farid, kalian semua akan dikenakan denda yang setimpal.

Friday, December 19, 2008

LASKAR PELANGI

LASKAR PELANGI..sebuah lagi filem yang tengah meletup-letup di Indonesia sekarang dan mencecah kutipan jualan tiket yang tinggi melebihi filem AAC. Dan seperti mana filem Ayat-ayat cinta yang juga meletup di pasaran Malaysia, filem Laskar Pelangi juga diadaptasi dari sebuah novel yang juga bertajuk Laskar Pelangi hasik nukilan seorang penulis muda lagi berbakat Indonesia, Andrea Hirata yang telah diterbitkan pada tahun 2005.

Filem ini penuh dengan panaroma-panorama indah Pulau Belitong, dari penggunaan dialek Belitong yang ada persamaan sedikit dengan dialek Melayu Johor (walaupun filemnya dari Indonesia) sehinggakan pelakon-pelakon yang menjayakan filem ini juga adalah anak-anak asli Pulau Belitong.


Filem ini mengilsahkan tenitang kehidupan 10 anak muda dari keluarga miskin yang bersekolah di sebuah sekolah agama Muhammadiyah di Pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan.
Mereka adalah:

Ikal
Lintang (Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara)
Sahara (Sahara Aulia Fadillah binti Muslim Ramdhani Fadillah)
Mahar (Mahar Ahlan bin Jumadi Ahlan bin Zubair bin Awam)
A Kiong (Chau Chin Kiong)
Syahdan (Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz)
Kucai (Mukharam Kucai Khairani)
Borek aka Samson
Trapani (Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari)
Harun (Harun Ardhli Ramadhan bin Syamsul Hazana Ramadhan)

Adapun mereka kesemua bersekolah pada kelas yang sama dari kelas 1 SD sampai kelas 3 SMP (istilah pengelasan tingkatan yang digunakan di Indonesia,kalau di Malaysia bermaksud dari Darjah satu sampai Tingkatan 3). Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Laskar Pelangi.
Dibahagian-bahagian akhir cerita,anggota Laskar Pelangi bertambah seorang lagi apabila seorang anak perempuan bernama Flo,berpindah ke sekolah tersebut.

Walaupun mereka bersekolah dalam keadaan yang amat terbatas dari segi kemudahan dan prasarana, namun itu semua tidak membuatkan mereka berputus asa, malah membuat mereka berazam untuk dapat melakukan sesuatu yang lebih baik.

Cerita ini bertempat di desa Gantung,Belitung Timur,Pulau Belitong,yang terletak di Sumatera Selatan. Dimulakan ketika sekolah Muhammadiyah terancam bakal dibubarkan oleh pentabdir pendidikan Sumatera Selatan jikalau tidak mencapai jumlah pelajar baru sejumlah berjumlah 10 orang. Adapun pada ketika itu hanya 9 orang pelajar yang hadir untuk mendaftar dan menghadiri acara pembukaan. Namun tepat pada waktunya ketika Pak Harfan, ketua sekolah,hendak berucap untuk menutup sekolah berkenaan, Harun dan ibunya datang untuk mendaftarkan diri di sekolah kecil itu.

Dari situlah cerita mereka bermula. Dimulai daripada penetapan tempat duduk,pertemuan mereka dengan Pak Harfan,perkenalan mereka yang luar biasa di mana A. Kiong yang tersipu-sipu ketika ditanyakan namanya oleh guru mereka, Bu Mus.Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek,pemilihan ketua kelas yang selalu diprotes keras oleh Kucai,peristiwa penemuan bakat terpendam Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal, sampai pertaruhan nyawa Lintang yang mengayuh basikal sejauh 80km pulang-alik dari rumahnya ke sekolah.
















Mereka,Laskar Pelangi-nama yang diberikan Bu Muslimah kerana kesukaan mereka tehadap pelangi-sempat mengharumkan nama sekolah dengan berbagai cara. Misalnya apabila Mahar,yang sering diejek oleh kawan-kawannya kerana begitu taksub dengan dunia mistik,sastera, dan occultisme,berjaya membalas dendam terhadap kawan-kawannya dengan mmeberikan kemenangan manis pada suatu karnival, dan kegeniusan dan kecerdikan luar biasa Lintang yang menentang dan mengalahkan Drs. Zulkifar, guru sekolah orang kaya PN (Perusahaan Timah) -iaitu sekolah pandai khusus untuk anak pekerja berjawatan tinggi di lombong timah Pulau Belitong yang terkenal) - dalam pertandingan matematik dan sains.


Laskar Pelangi
mengharungi hari-hari menyenangkan,tertawa, dan menangis bersama.Kisah sepuluh kawanan ini berakhir dengan kematian ayah Lintang yang memaksa Einstein celik itu berhenti sekolah dengan sangat mengharukan, dan dilanjutkan dengan kejadian 12 tahun kemudian di mana Ikal yang bekerja di luar Pulau Belitong kembali ke kampungnya.
Kisah indah ini diringkas dengan dramatis dan menharukan oleh Andrea Hirata, bahkan kita boleh merasakan semangat kecil anggota sepuluh Laskar Pelangi ini.

1 comment:

nottitoo said...

sebuah cerita yang memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang menonton...... tahniah......