Parti apakah yang bakal mentadbir Malaysia kelak?

Selamat Datang Beta Ucapkan

Selamat Datang Beta Ucapkan Kepada Pedagang Sekalian.Adapun kalian semua berada di wilayah takluk jajahan ISTANA SI FARID.Oleh itu kalian haruslah membayar ufti berbentuk tulisan atau warkah (post) ke dalam halaman ISTANA SI FARID.Jika tidak,maka menurut hukum kanun Undang-Undang Si Farid, kalian semua akan dikenakan denda yang setimpal.

Wednesday, September 16, 2009

CADANGAN MEMBUAT HIMPUNAN SECARA AMAN



Terdetik di hati saya..untuk menyeru semua belia-belia sabah yang ada di sekitar kk atau kawasan yang sewaktu dengannya agar berkumpul,berjalan,berarak bersama-sama secara aman dari padang merdeka menuju ke bangunan pentadbiran musa aman di sebelah menara tun mustapha tu..saya terbayang akan meminta mereka membawa sepanduk,banner,atau apa-apalah kaedah visual tampak yang meminta agar royalti minyak sabah dinaikkan,kalau bukan 20%,15% pun jadilah.Itu sudah mencukupi.























Dan perarakan itu kenalah secara aman.
Tiada unsur rusuhan.
Tidak menganggu jalan.
Tidak menganggu perniagaan.
Tidak menganggu awam.
Yang penting semua satu Malaysia tergamam.
Melihat rakyat Sabah,khususnya belia bangkit menuntut perubahan.
menanti sebuah harapan.
menanti sebuah jawaban.












Friday, December 19, 2008

Yoga diharamkan?

Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.
Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.



Namun, menurut laporan Bernama, beliau berkata, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.
“Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Oktober lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.

Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.

LASKAR PELANGI

LASKAR PELANGI..sebuah lagi filem yang tengah meletup-letup di Indonesia sekarang dan mencecah kutipan jualan tiket yang tinggi melebihi filem AAC. Dan seperti mana filem Ayat-ayat cinta yang juga meletup di pasaran Malaysia, filem Laskar Pelangi juga diadaptasi dari sebuah novel yang juga bertajuk Laskar Pelangi hasik nukilan seorang penulis muda lagi berbakat Indonesia, Andrea Hirata yang telah diterbitkan pada tahun 2005.

Filem ini penuh dengan panaroma-panorama indah Pulau Belitong, dari penggunaan dialek Belitong yang ada persamaan sedikit dengan dialek Melayu Johor (walaupun filemnya dari Indonesia) sehinggakan pelakon-pelakon yang menjayakan filem ini juga adalah anak-anak asli Pulau Belitong.


Filem ini mengilsahkan tenitang kehidupan 10 anak muda dari keluarga miskin yang bersekolah di sebuah sekolah agama Muhammadiyah di Pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan.
Mereka adalah:

Ikal
Lintang (Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara)
Sahara (Sahara Aulia Fadillah binti Muslim Ramdhani Fadillah)
Mahar (Mahar Ahlan bin Jumadi Ahlan bin Zubair bin Awam)
A Kiong (Chau Chin Kiong)
Syahdan (Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz)
Kucai (Mukharam Kucai Khairani)
Borek aka Samson
Trapani (Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari)
Harun (Harun Ardhli Ramadhan bin Syamsul Hazana Ramadhan)

Adapun mereka kesemua bersekolah pada kelas yang sama dari kelas 1 SD sampai kelas 3 SMP (istilah pengelasan tingkatan yang digunakan di Indonesia,kalau di Malaysia bermaksud dari Darjah satu sampai Tingkatan 3). Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Laskar Pelangi.
Dibahagian-bahagian akhir cerita,anggota Laskar Pelangi bertambah seorang lagi apabila seorang anak perempuan bernama Flo,berpindah ke sekolah tersebut.

Walaupun mereka bersekolah dalam keadaan yang amat terbatas dari segi kemudahan dan prasarana, namun itu semua tidak membuatkan mereka berputus asa, malah membuat mereka berazam untuk dapat melakukan sesuatu yang lebih baik.

Cerita ini bertempat di desa Gantung,Belitung Timur,Pulau Belitong,yang terletak di Sumatera Selatan. Dimulakan ketika sekolah Muhammadiyah terancam bakal dibubarkan oleh pentabdir pendidikan Sumatera Selatan jikalau tidak mencapai jumlah pelajar baru sejumlah berjumlah 10 orang. Adapun pada ketika itu hanya 9 orang pelajar yang hadir untuk mendaftar dan menghadiri acara pembukaan. Namun tepat pada waktunya ketika Pak Harfan, ketua sekolah,hendak berucap untuk menutup sekolah berkenaan, Harun dan ibunya datang untuk mendaftarkan diri di sekolah kecil itu.

Dari situlah cerita mereka bermula. Dimulai daripada penetapan tempat duduk,pertemuan mereka dengan Pak Harfan,perkenalan mereka yang luar biasa di mana A. Kiong yang tersipu-sipu ketika ditanyakan namanya oleh guru mereka, Bu Mus.Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek,pemilihan ketua kelas yang selalu diprotes keras oleh Kucai,peristiwa penemuan bakat terpendam Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal, sampai pertaruhan nyawa Lintang yang mengayuh basikal sejauh 80km pulang-alik dari rumahnya ke sekolah.
















Mereka,Laskar Pelangi-nama yang diberikan Bu Muslimah kerana kesukaan mereka tehadap pelangi-sempat mengharumkan nama sekolah dengan berbagai cara. Misalnya apabila Mahar,yang sering diejek oleh kawan-kawannya kerana begitu taksub dengan dunia mistik,sastera, dan occultisme,berjaya membalas dendam terhadap kawan-kawannya dengan mmeberikan kemenangan manis pada suatu karnival, dan kegeniusan dan kecerdikan luar biasa Lintang yang menentang dan mengalahkan Drs. Zulkifar, guru sekolah orang kaya PN (Perusahaan Timah) -iaitu sekolah pandai khusus untuk anak pekerja berjawatan tinggi di lombong timah Pulau Belitong yang terkenal) - dalam pertandingan matematik dan sains.


Laskar Pelangi
mengharungi hari-hari menyenangkan,tertawa, dan menangis bersama.Kisah sepuluh kawanan ini berakhir dengan kematian ayah Lintang yang memaksa Einstein celik itu berhenti sekolah dengan sangat mengharukan, dan dilanjutkan dengan kejadian 12 tahun kemudian di mana Ikal yang bekerja di luar Pulau Belitong kembali ke kampungnya.
Kisah indah ini diringkas dengan dramatis dan menharukan oleh Andrea Hirata, bahkan kita boleh merasakan semangat kecil anggota sepuluh Laskar Pelangi ini.

ISU PEMBANGUNAN SABAH

ISU PEMBANGUNAN SABAH khususnya di kawasan luar bandar yang jauh ketinggalan tidak sepatutnya dikaitkan dengan soal kuantiti peruntukan yang diberikan oleh BN Pusat semata-mata. Pemimpin BN Sabah mungkin merasakan mereka bija bila menonjolkan dan memanaskan suasana dengan soal Kuantiti peruntukan dan lain-lain. Sebenarnya, kemunduran dan ketertinggalnya sabah berbanding negeri lain walaupu Sabah antara neheri terkaya suatu ketika dahulu adalah berkaitan rapat dengan Soal KUALITI perbelanjaan yang ada digunakan. Jika diberikan bajet RM100 dan yang sampai ke sasaran hanya RM20 sahaja maka apalah beznya fengan dberikan RM1000 tetapi yang sampai ke sasaran hanyalah RM200 sahaja? Berlaku kebocoran berskala besar dalam penyaluran peruntukan Di Sabah, dan inilah isu utama yang amat penting untuk di selesaikan terlebih dahulu. Pengalam kita selama ini, dalam setiap kementerian dan jabatan di Sabah samada ianya JPPS, jabatan Ketua Menteri, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan, Pejabat Daerah dan jabatan serta kementerian di peringkat negeri amalan penyelewengan, rasuah, pilih kasih, kronisme dan bermacam bentuk kebocoran sudah menjadi amalan yang sukar dibendung. Di JPPS dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Jabatan pelajaran umpamanya soal kebocoran biasanya berlaku dalam bentuk saguhati sebanyak 20%-35% kepada pegawai-pegawai tertentu, kebocoran melalui amalan meminjam lesen dan projek dilaksanakan sendiri oleh pegawai dan juga amalan sesuatu projek sudah ditetapkan milik siapa terlebih dahulu sebelum tender dinbuka.. serta bermacam bentuk penyelewengan yang hanya Allah sahaja lah tahu. Jika aspek kebocoran ini tak diubati sepenuhnya, ribuan juta peruntukan sekalipun, taraf hidup rakyat akar umbi Sabah tidak akan berubah sama sekali, cuma taraf hidup, harta dan kemewahan para pemimpin, ahli politik dan kakitangan kerajaan tertentu sahaja akan meningkat atas dasar pembocoran berskala besar ini.


Sepatutnya MP dan ADUN Sabah, mengurangkan kekerapan :melakukan aksi lakunan” untuk menonjolkan seolah mereka perihatin, Pak Lah dan konco-konconya serta rakyat semananjung serta ahli-ahli MP Malaysia mungkin boleh dikelabukan mata dan diperbodohkan, tetapi kini Rakyat Sabah bukan sebodoh itu untyuk dipermainkan dan dijadikan alat oleh pemimpin-pemimpin politik ini. Hakikatnya, di semanajung jika anda nak kaya dan wang berjuta, masuk lah UMNO, tapi di Sabah jika anda nak kaya dan harta berjuta, sertailah mana-mana parti politik yang memerintah anda pasti akan hidup mewah….tetapi ingat….ahli-ahli parti bertaraf bawahan samada dialam UMNO atau mana-mana parti akan sentiasa hidup kesusahan, menagih simpati dan dijadikan alat permainan oleh pemimpin-pemimpin parti diberbagai peringkat, Kesimpulanya, MP dan Pemimpin Sabah, silalah lakukan muhasabah diri, bersihakan hati akal dan nafsu, jauhi sifat tamak dan pentingkan diri sendiri dan perbaikilah amalan turu-temurun di Sabah yang menjadikan peruntukan untuk rakayat sebagai alat menambah kekayaan pemimpin dihentikan sama sekali. Mungkin, satu Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan di Sabah untuk menyiasat bagaimanakan dan kemanakan wang peruntukan pembangunan di Sabah di belanjakan semenjak BN memerintah Sabah. Ini perlu, agar pada PRU-13 nanti, Sabah akan mempunyai ahli politik baru dan pemimpin beru yang bersih, cekap, amanah, jujur, dan yang paling penting beragama agar tahu membezakan antara sumber yang halal dan yang haram serta tahu membezakan antara yang menjadi haknya dan yang mana bukan menjadi haknya. Kita perlukan Sabah yang betul-betul BARU dan Sabah yang betul-betul BOLEH dan bukan setakat slogan” Sabah Baru yang Boleh segalanya” semata-mata